Ikuti Kami:

“Jijik..” – Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik, Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

“Jijik..” – Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik, Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

Drama “Queen of Tears” popular, Kim Soo-hyun tidak semena-mena telah terpalit kontroversi.

Pada 24 Mac, Kim Sae-ron telah memuat naik foto intim bersama Kim Soo-hyun, menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta kini. Namun, agensi terus menafikannya dan menjelaskan bahawa mereka tidak tahu niat wanita itu berkongsi foto tersebut di Instagramnya.

Masih hangat menjadi bualan, netizen juga ada mengimbas kembali temu bual Kim Soo-hyun pada 2013, di mana lelaki itu ada bercakap tentang rancangan perkahwinannya. Katanya,

Saya telah merancang kehidupan saya ketika berusia 25 tahun. Sambil memikirkan masa depan saya, saya merancang untuk berkahwin pada usia 36 tahun. Tetapi saya tak rasa saya boleh ikut rancangan itu.

Sambungnya lagi dengan kenyataannya yang mengundang kritikan ramai,

Pada masa ini, saya tertanya-tanya bagaimana rasanya berkahwin dengan gadis berusia 21 tahun apabila saya berumur sekitar 41 tahun.

kim soohyun

Hal ini kerana, netizen rata-rata kurang selesa mendengar luahan lelaki itu untuk berkahwin dengan wanita yang begitu muda daripadanya. Komen netizen,

Menjijikkan..ia lebih keji kerana dia sepertinya memang betul-betul maksudkannya.

 

Seseorang yang lebih muda dari Kim Sae-ron, maksud awak?

 

Jarak umur 20 tahun bermakna wanita itu akan sama umur dengan anak perempuannya.

 

Wow..dia begitu terbuka dengan pendapatnya yang macam tu.

Mungkin sekarang dah berubah kot pendapatnya tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...