Selepas Na-yeon, Ji-hyo adalah ahli TWICE seterusnya yang akan debut sebagai penyanyi solo!
Terbaru pada 9 Jun, Ji-hyo telah melancarkan teaser poster untuk debut solonya akan datang berjudul ZYO’s ZONE “Killin’ Me Good”.
Menerusi poster yang dikongsi, ketua kumpulan TWICE itu akan menemui peminat sebagai artis solo pada Ogos nanti.
ZYO’s ZONE “Killin’ Me Good”
Coming Soon This August#TWICE #트와이스 #JIHYO #지효#ZONE #KillinMeGood pic.twitter.com/c2K8v8KHcg— TWICE (@JYPETWICE) June 8, 2023
Selepas pengumuman itu dibuat, peminat rata-rata teruja untuk menantikan penampilan Ji-hyo sebagai penyanyi solo dan meninggalkan komen seperti,
Kami semua dah bersedia!!
ONCE akan setia menyokong!
Yang paling ditunggu-tunggu
kami akan memberikan sokongan penuh.
Nantikan pada Ogos ini!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily