Ikuti Kami:

Ji Sung Akui Sukar Bawa Dua Watak Dalam ‘Adamas’

Ji Sung Akui Sukar Bawa Dua Watak Dalam ‘Adamas’

Ada tak yang tengah seronok layan drama “Adamas” sekarang?

Bagi yang belum tahu, “Adamas” membawa kisah sepasang kembar membongkar kebenaran disebalik kejadian 22 tahun lalu. Keduanya bekerja sebagai satu bagi menyelesaikan tuduhan di mana ayah kandung mereka disabit membunuh ayah tiri dan dalam masa yang sama mencari ‘adamas’ iaitu senjata pembunuhan itu. Ia dibintangi Ji Sung, Seo Ji-hye, Lee Soo-kyung, Heo Sung-tae dan ramai lagi.

Pada temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Ji Sung mendedahkan bahawa ianya sukar untuk membawa dua watak sebagai Ha Woo-shin dan Song Soo-hyun dalam “Adamas”. Kongsinya,

Terdapat banyak bahagian yang sukar kerana saya cuba memaksimumkan perbezaan yang sama tetapi halus yang dimiliki oleh kembar seiras.

tvn adamas

Bagaimanapun, Ji Sung berterima kasih kepada pengarah kerana dengan adanya komunikasi berterusan antara mereka, dia mampu untuk menumpukan dirinya kepada skrip dan watak.

Dalam pada itu, “Adamas” disiarkan pada setiap hari Rabu dan Khamis menerusi Disney+.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...