Ikuti Kami:

Pelbagai Genre Dari Aksi Ke Misteri, Episod Pertama ‘Adamas’ Dibanjiri Pujian

Pelbagai Genre Dari Aksi Ke Misteri, Episod Pertama ‘Adamas’ Dibanjiri Pujian

Ramai rasanya menantikan tayangan “Adamas” kan?

“Adamas” membawa kisah sepasang kembar membongkar kebenaran disebalik kejadian 22 tahun lalu. Keduanya bekerja sebagai satu bagi menyelesaikan tuduhan di mana ayah kandung mereka disabit membunuh ayah tiri dan dalam masa yang sama mencari ‘adamas’ iaitu senjata pembunuhan itu.

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, pelakon utamanya iaitu Ji Sung, Seo Ji-hye, Lee Soo-kyung, Heo Sung-tae dan pengarah Park Seung-woo menghadiri sidang media untuk membincangkan mengenai drama itu.

Drama banyak genre

Sepertinya “Adamas” tidak hanya bermain dengan satu tema. Jelas pengarah tersebut,

Kami terus menyebut ia sebagai drama penyiasatan tapi bolahkah ia diterangkan dengan satu perkataan sahaja? Saya banyak berfikir mengenainya sejak permulaan. Sukar untuk menerangkan sebuah drama dengan hanya satu ekspresi. Jikalau saya mengatakan ia adalah thriller misteri, terdapat juga sisi aksi hebat. Kalau saya mengatakan ia adalah aksi, pasti akan ada aspek noir juga. Ianya seperti campuran pelbagai genre.

tvn adamas

Dua Ji Sung

Paling menarik mengenai “Adamas” ialah Ji Sung yang perlu membawa watak iaitu Ha Woo-shin, seorang penulis dan Song Soo-hyun, seorang pendakwa raya asukan khas yang bekerja di pejabat Pendakwa Raya Daerah Tengah.

Walaupun nampak asing tapi sebenarnya Ji Sung biasa membawa pelbagai watak dalam satu badan menerusi “Kill Me Heal Me” pada tahun 2015. Jelas lelaki itu, pendekatan melakonkan watak pelbagai personaliti dengan kembar adalah berlainan dengan kembar.

Kedua mereka mempunyai permulaan yang sama. Disebabkan mereka sama, terdapat aspek yang sukar untuk saya menekankan perbezaan tidak ketara mereka.

tvn adamas

Dalam pada itu, Ji Sung turut mengulas pertemuan semulanya dengan Seo Ji-hye. Kalau anda nak tahu mereka pernah bergandingan dalam “The Irom King” 12 tahun lalu.

Kami berjumpa pertama kali pada 10 tahun lalu. Saya fikir kami dapat bertemu semula kerana keduanya masih sihat dan baik-baik sahaja. Terasa baru dan seronok berjumpa dengannya semula.

Kunci utama ‘Adamas’

Terdapat pelbagai kunci menarik yang dinantikan penonton, malah para pelakon drama ini turut berkongsi persona utama “Adamas”. Heo Sung-tae memilih aksi manakala Lee Soo-kyung mengatakan lakonan Ji Sung. Seo Ji-hye pula memilih lakonan kesemua pelakon serta watak mereka dan Ji Sung menjawab,

Saya merasakan pasti seronok sekiranya penonton turut mencari ‘adamas’ bersama pelakon.

tvn adamas

Episod pertama memukau

Selepas episod perdana ditayangkan, rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati dengan lakonan kembar yang ditonjolkan oleh Ji Sung. Malah walaupun keduanya kelihatan sama namun lelaki itu berjaya menampilkan perbezaan yang tersirat bagi membezakan Ha Woo-shin dan Song Soo-hyun.

Untuk episod pertama ini, “Adamas” berjaya meraih rating baik iaitu 3.5% dengan titik tertinggi 4.3% secara purata di keseluruhan negara.

Korang dah layan ke drama ni? Kalau belum, boleh tonton di Disney+.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...