Ikuti Kami:

Ji Hyunwoo & Im Soohyang Dilamar Terajui Drama Baru ‘Beauty And The Devoted’

Ji Hyunwoo & Im Soohyang Dilamar Terajui Drama Baru ‘Beauty And The Devoted’

Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang akan bergandingan dalam karya terbaru penulis Kim Sa-kyung?

Terbaru menurut laporan, Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang masing-masing telah menerima tawaran untuk membintangi drama KBS2 akan datang iaitu “Beauty and the Devoted”.

Sebagai respon, agensi Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang menyatakan bahawa memang benar mereka menerima tawaran untuk membintangi “Beauty and the Devoted” dan sedang menyemaknya kini.

Im Soohyang & Ji Hyunwoo

Sedikit sinopsis untuk korang, drama “Beauty and the Devoted” ditulis oleh Kim Sa-kyung, mengisahkan tentang kisah cinta seorang pelakon yang mencapai titik terendah dalam sekelip mata dengan seorang pengarah yang membawanya kembali melalui cinta.

Sebelum ini, Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang juga pernah bekerjasama dengan penulis Kim Sa-kyung dalam sebuah drama.

Untuk maklumat, drama “Beauty and the Devoted” telah dijadualkan tayangannya pada separuh pertama tahun 2024 selepas tamatnya “Hyo Shim’s Independent Life”.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...