Ikuti Kami:

Drama Kurang Berjaya, Pembedahan Plastik Im Soohyang Dituduh Jadi Punca Lakonan Kaku?

Drama Kurang Berjaya, Pembedahan Plastik Im Soohyang Dituduh Jadi Punca Lakonan Kaku?

Umum mengetahui bahawa Im Soo-hyang merupakan antara pelakon yang kerap muncul di dalam K-Drama, kadang kala dalam dua ke tiga naskhah berbeza pada saban tahun.

Walau bagaimanapun, wanita berusia 30 tahun itu spertinya tidak mampu melepaskan diri dari stigma ‘pelakon kayu’ meskipun sudah pun berbelas tahun aktif di dalam industri lakonan. Malah semakin bertambah jumlah naskhah dalam resumenya, semakin kurang menyerlah watak yang dibawa. Kenapa agaknya?

Bukan itu sahaha, drama yang sedang dilakonkan kini iaitu “Kokdu: Season Of Deity” turut menunjukkan prestasi yang mengecewakan. Daripada rekod 4% semasa episod pertama, drama itu terumbang-ambing dalam lingkungan rating 1% ke 2% sahaja selepas menjejaki episod ke-12 kini.

mbc kokdu: season of deity

Menurut komen penonton, rata-ratanya meluahkan rasa kesal dengan tahap lakonan yang ditunjukkan oleh Im Soo-hyang. Katanya, pelbagai pembedahan plastik dan prosedur kecantikan yang pernah dilakukan menyebabkan lakonan wanita tersebut semakin ‘kaku’ dan ‘tidak berekspresi’.

Pun begitu, ramai yang turut menyelar skrip dan plot yang diketengahkan dalam “Kokdu: Season Of Deity” sebagai bosan dan tidak mengujakan. Tak kurang juga, ada yang sudah tawar hati dengan teraju utama iaitu Kim Jung-hyun kerana kontroversi yang melibatkan Seo Ye-ji pada tahun lalu.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...