Ikuti Kami:

Ji Changwook & Ryu Seungryong Dilamar Terajui Drama Ekskavasi Artifak Dalam Laut ‘Fine’

Ji Changwook & Ryu Seungryong Dilamar Terajui Drama Ekskavasi Artifak Dalam Laut ‘Fine’

Sepertinya kita menyaksikan gabungan hebat antara Ji Chang-wook dan Ryu Seung-ryong?

Menurut laporan media,

Ji Chang-wook dan Ryu Seung-ryong akan muncul dalam ‘Fine’ di mana ia adaptasi dari webtoon asal penulis Yoon Tae-ho.

Disirikan dari webtoon Kakao yang berlangsung dari 2014 ke 2015, ia membawa kisah individu kasar yang obses dan tamak cuba mencari artifak bawah air di kawasan perairan Sinan mengikuti hati dan perasaan.

Ji Chang-wook dan Ryu Seung-ryong dikhabarkan akan membawa watak Hee-dong dan Gwan-seok yang mempunyai hubungan sebagai pak cik dan anak saudara. Berlatarbelakangkan pada 1970-an, mereka menerima tawaran untuk membawa keluar mangkuk lama dari Laut Barat. Semakin ramai yang mula menyertai ekskavasi, semakin meningkat obsesi untuk mencari harta dan kesemuanya tersepit di antara keinginan dan kemanusiaan.

webtoon fine

Dalam pada itu, kedua-dua agensi pelakon ini mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran drama itu dan sedang menelitinya kini dengan positif.

Mempunyai 10 episod dan akan ditayangkan di OTT (laman penstriman), “Fine” disasarkan akan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun ini dan bersiaran pada penghujung 2024.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...