Ramai yang katanya seronok menonton “Gangnam B-Side”.
Menurut laman ranking FlixPatrol, drama itu berjaya mencapai kedudukan TOP 10 dalam kategori rancangan TV Disney+ Hotstar di 7 negara termasuk Korea, dan menduduki tempat kedua di peringkat global.
Episod 3 dan 4 yang baru-baru ini disiarkan di IMDb (laman web penilaian kandungan terbesar dunia) mendapat penilaian tinggi masing-masing sebanyak 9.4 dan 9.1, memperlihatkan tahap kualiti yang tinggi serta menerima sambutan hangat bukan sahaja di Korea dan Asia tetapi juga di peringkat global.
Ji Chang-wook memainkan watak Yoon Gil-ho, seorang broker misteri yang menguasai kawasan Gangnam dan menjadikan dirinya sendiri sebagai suspek, dengan penuh penghayatan. Khususnya, transformasi berani pelakon Jo Woo-jin, Ji Chang-wook, Ha Yoon-kyung, dan Kim Hyeong-seo, serta lakonan yang penuh intensiti, menjadikan jalan cerita yang pantas dan naratif yang penuh emosi sebagai tarikan utama, menerima ulasan positif daripada penonton.
Korang layan tak drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.