Ikuti Kami:

“Jeon Somin Paling Suka Program Ini, Kat ‘Running Man’ Dia Tak..” – Yoo Jaesuk

“Jeon Somin Paling Suka Program Ini, Kat ‘Running Man’ Dia Tak..” – Yoo Jaesuk

Selepas “Running Man”, Yoo Jae-suk dan Jeon So-min sekali lagi bekerjasama untuk program baru iaitu “Skip”.

Bagi yang belum tahu, “Skip” ialah rancangan realiti temu janji yang diacarakan oleh Yoo Jae-suk, Jeon So-min dan Nucksal, mengikuti 4 lelaki dan 4 wanita di mana mereka berkumpul di satu tempat, untuk mencari pasangan mereka di bawah konsep ‘One-day 4:4 Blind Date’.

Terbaru dalam siaran 26 Januari program itu, Jeon So-min menyatakan rasa terujanya untuk melihat temu janji antara ahli. Melihat betapa terujanya Jeon So-min, Yoo Jae-suk berkata,

 Jeon So-min paling suka program ini. Memang dia bekerja keras di ‘Running Man’ tapi dia tak sekhusyuk ini.

Nucksal turut menambah,

Pertama kali saya melihat dia sebegini.

jeon somin yoo jaesuk

Kemudian, Yoo Jae-suk memberi cadangan buat Jeon So-min agar dia turut menjadi sebahagian daripada ahli yang pergi temu janji.

Awak harus mengambil bahagian sebagai kapten dalam episod akhir. Saya nak awak nyanyi dengan Jo Se-ho.

Sambil ketawa, Jeon So-min bertanya,

Kenapa Jo Se-ho?

Suka betul Yoo Jae-suk sakat Jeon Somin!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...