Walaupun nampak naif dan ‘blur’ dalam rancangan hiburan namun Song Ji-hyo sebenarnya menyembunyikan personaliti yang tidak disangka.
Menerusi saluran ‘DdeunDdeun’ di YouTube, penonton telah disajikan klip pendek bagi episod ‘Pinggyego’ bersama Song Ji-hyo yang akan ditayangkan nanti.
Meskipun tidak menyebut nama dan menyembunyikan identiti tetamu mereka, namun dari suara sahaja, kesemua penonton sudah dapat menebak Yoo Jae-suk menjemput pelakon wanita itu bersama Haha dan Ji Suk-jin.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah apabila pengacara lelaki itu mendedahkan info mengejutkan mengenai Song Ji-hyo,
Mi-joo dan Jeon So-min ialah ‘si gila’ yang boleh dijangka dalam rancangan hiburan namun Ji-hyo melontarkan sesuatu yang langsung tak dijangka.
Jelas Yoo Jae-suk semasa menjemput wanita itu ke ‘Pinggyego’,
Apa tu? Saya kena ke mana-mana sekolah (go) ke?
Balas Haha yang mendengarkan cerita itu,
Dia unik dan pelik.
Nantikan episod penuh ‘Pinggyego’ bersama Song Ji-hyo yang akan ditayangkan tak lama lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.