Ikuti Kami:

“Tak Kena Bebel Kecuali..” – Song Jihyo Bayang Perkahwinan Kim Jongkook

“Tak Kena Bebel Kecuali..” – Song Jihyo Bayang Perkahwinan Kim Jongkook

Dalam ramai-ramai ahli “Running Man”, pastinya ramai menantikan Kim Jong-kook menemui jodohnya.

Dalam episod terbaru program itu, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan di mana satu akan mencari ikan yang ditangkap dan satu lagi perlu mencari bahan makanan di pasar.

Semasa dalam perjalanan ke tepi sungai, Yang Se-chan, Jeon So-min, Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo telah berbincang mengenai pelbagai topik termasuklah percintaan dan perkahwinan.

Kata mereka, kumpulan Ji Suk-jin, Haha dan Yoo Jae-suk seronok mencari snek di pasar kerana seronok tidak dibebal isteri. Ulas Song Ji-hyo pula,

Kalau Kim Jong-kook berkahwin, dia akan menyertai kumpulan itu.

running man

Tanya lelaki itu,

Tapi ada ke perkara yang saya buat akan menyebabkan isteri saya membebel, selain dari bersenam?

Jeon So-min kemudian mengungkit mengenai pakaian sama yang digunakan, lelaki berbadan sasa itu mengomel mengenai penggunaan semual barangan seperti tuala dan tisu basah.

Kemudian, Kim Jong-kook bercerita mengenai kejadian melibatkan kekasih lamanya,

Ada ketika saya tak beritahu dia yang saya dah habis kerja. Saya takut dia marah dan kami bergaduh kalau saya beritahu ingin bersenam.

Ulas Jeon So-min kesal,

Saya nak marah mendengarkan hal ini.

Hidup solo je lah Kim Jong-kook.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...