Terbaru pada 20 Mac, penyanyi popular Harry Styles telah melakukan konsert jelajah dunia “Love On Tour 2023” di Seoul, Korea.
Selain peminat, ada ramai artis Korea yang juga turut dilihat hadir memeriahkan lagi konsert berkenaan.
Khususnya, peminat perasan ahli BTS seperti V, Jung-kook, RM dan Suga memasuki arena tertutup tersebut dan seronok meluangkan waktu mereka bersama menyaksikan persembahan penyanyi lelaki itu.
Selain itu, Rosé BLACKPINK juga turut memuat naik fotonya bersama Harry Styles di laman Instagram dan videonya bersama Jennie di konsert tersebut.
https://twitter.com/HarryMexOficial/status/1637828898812559361?s=20
Sementara itu, selebriti lain yang juga menghadiri konsert yang sama adalah Sung-hoon, Jay, Jake, Niki ENHYPEN, Woo-young ATEEZ, Jeon So-mi, Hyung-won MONSTA X, Park Hyung-sik, Lee Dong-hwi dan ramai lagi.
Meriah betul konsert Harry Styles kat Korea semalam!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉