Sudah sekian lama menanti, namun bayang siri HBO “THE IDOL” masih lagi tak kunjung tiba.
Terdahulu, media Rolling Stone mendedahkan bahawa siri itu telah mengubah semua plot asal bagi memaparkan lebih banyak sisi seksual dalam dunia industri hiburan. Malah siri yang sepatutnya menampilkan wanita sebagai kuasa yang kuat diubah kepada hanya ‘objek seks’.
Bukan itu sahaja, Jennie BLACKPINK juga dikatakan hanya digunakan sebagai publisiti dan wataknya tidak mempunyai sebarang impak kepada plot asal serta ada beberapa dialog sahaja.
Pun begitu, HBO telah menafikan dakwaan itu dan menghantar kenyataan rasmi kepada media Variety,
Pendekatan asal siri itu dan produksi peringkat awal, dukacitanya, tidak mengikuti standard HBO lantas kami memilih untuk mengubahnya. Menerusi proses itu, kumpulan kreatif telah berdedikasi untuk mencipta persekitaran bekerja yang selamat, bekerjasama dan saling menghormati. Malah tahun lalu, pasukan itu membuat perubahan kreatif yang dianggap terbaik untuk produksi, pelakon dan kru.
Dalam pada itu, kedua-dua pelakon utama siri itu iaitu Lily-Rose Depp dan The Weeknd dilihat turut mempertahankan kenyataan HBO selain mengakui mereka selesa bekerja dengan pengarah Sam Levinson.
Sama-sama kita nantikan siri itu ditayangkan nanti.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉