Ikuti Kami:

“Dia Digunakan..” – Fokus Plot Seksual, Staf Siri ‘THE IDOL’ Dedah Jennie BP Tiada Dialog

“Dia Digunakan..” – Fokus Plot Seksual, Staf Siri ‘THE IDOL’ Dedah Jennie BP Tiada Dialog

Rasanya macam dah lama tunggu siri HBO lakonan Jennie iaitu “THE IDOL” ditayangkan kan?

Meskipun hanya trailer sahaja yang baru diriliskan, namun siri berkenaan sudah pun menghadapi pelbagai masalah seperti pertukaran pengarah ke Levinson menyebabkan hampir 80% daripada jalan cerita asal diubah dan ditulis semula.

Disebabkan perubahan itu, siri berkenaan yang sepatutnya memaparkan mengenai latar belakang kehidupan artis kini lebih tertumpu kepada plot seksual sahaja. Bahkan sumber mengatakan bahawa tahap kebogelan di dalam siri ini melangkaui apa yang pernah dipaparkan dalam siri popular “Euphoria”.

jennie the idol

Kongsi staf yang bertugas untuk siri berkenaan,

Semasa menyertai projek ini, saya dijanjikan satira gelap kepopularitian dan model dalam abad ke-21. ianya berubah dari satira kepada penyindiran. Seperti fantasi seks yang diimpikan lelaki toksik dan wanita hanya kembali ke siri itu kerana muzik latarnya.

Bukan itu sahaja, peminat yang teruja kerana babak Jennie yang kelihatan banyak menerusi trailer sepertinya akan disapa kehampaan nanti. Menurut Rolling Stone, bahagian ahli BLACKPINK itu tidaklah sehebat yang disangka dan dia hanya digunakan untuk publisiti.

jennie the idol

Menurut staf “THE IDOL”, Jennie tidak mempunyai bahagian yang besar pun dan wataknya tak memberikan sebarang pengaruh kepada jalan cerita asal meskipun laporan asal mengatakan dia akan berlakon sebagai antagonis. Kata mereka, Jennie tidak banyak bercakap pun.

Dalam pada itu, siri HBO itu masih lagi tidak mempunyai tarikh tayangan rasmi buat masa ini dan berkemungkinan hanya akan menemui penonton pada hujung tahun ini.

Apa ni…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...