Ikuti Kami:

Jennie BLACKPINK Sah Akan Debut Sebagai Pelakon Dalam Siri Amerika ‘The Idol’

Jennie BLACKPINK Sah Akan Debut Sebagai Pelakon Dalam Siri Amerika ‘The Idol’

Selepas Ji-soo, Jennie akan menjadi ahli BLACKPINK seterusnya yang akan debut sebagai seorang pelakon!

Terbaru, video trailer untuk siri HBO “The Idol” telah ditunjukkan di konsert penyanyi Kanada popular, The Weeknd. Khususnya, seorang gadis yang dipercayai ialah Jennie BLACKPINK turut muncul dalam video yang dipaparkan dan segera menarik perhatian.

Meskipun hanya muncul beberapa saat sahaja dalam video itu, penampilan Jennie yang memakai baju ‘crop top’ hijau dengan rambut panjangnya, telah menjadi bualan ramai. Nampaknya, peminat amat teruja untuk menantikan penampilan pertama Jennie sebagai pelakon!

https://twitter.com/BBU_BLACKPINK/status/1548486421224165376

Sebelum ini, media asing melaporkan bahawa Jennie akan memainkan watak gadis biseksual dalam ‘The Idol’. Bagaimanapun, peminat sangat teruja dengan penyertaan Jennie dalam siri itu, tanpa mengira watak apa yang akan dimainkannya.

Sementara itu, “The Idol” ialah siri tentang idola pop, yang diterbitkan bersama oleh penyanyi The Weeknd dan pengarah Sam Levinson. Ianya akan turut dibintangi oleh Lily-Rose Depp, Troye Sivan dan ramai lagi.

Sama-sama kita nantikan debut Jennie sebagai seorang pelakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...