Adakah Jennie BLACKPINK bakal memulakan karier lakonan tak lama lagi?
Menurut lapora media, gadis berusia 26 tahun itu menerima tawaran HBO dan sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam siri “THE IDOL”.
Diarahkan oleh Sam Levinson yang bertanggungjawab mengarah siri popular “Euphoria” sebelum ini, drama tersebut juga akan diterajui oleh The Weeknd, pelakon Lily-Rose Depp dan Troye Sivan.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan watak apa yang ditawarkan buat Jennie namun kemungkinan besar ahli BLACKPINK itu akan muncul sebagai watak sampingan ataupun kameo. Dalam pada itu, penggambaran dikatakan sedang berlangsing di Los Angeles kini.
Semakim menarik perhatian kerana Jennie pernah dilihat keluar makan malam tak lama dahulu.
Wow! Hebat Jennie.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.