Mesti ramai peminat yang menantikan berita rasmi mengenai kemunculan semula BLACKPINK, kan?
Terbaru pada 10 Jun, salah seorang ahli kumpulan popular itu Ji-soo, nampaknya telah memberi sedikit petunjuk mengenai kepulangan BLACKPINK.
Peminat BLACKPINK pastinya tahu bahawa Ji-soo adalah ahli yang paling kerap membalas mesej dari peminat di aplikasi Weverse. Namun baru-baru ini, satu respon yang diberikan oleh idola itu kepada peminat telah menjadi perhatian.
BLACKPINK's Jisoo seemingly confirms the group’s comeback in August. pic.twitter.com/ASEsLBFiTx
— Pop Base (@PopBase) June 9, 2022
Seorang peminat menulis,
Sila goncangkan lobak merah jika anda akan membuat kemunculan semula dalam bulan Ogos!!
Kemudian, Ji-soo menjawab,
Lobak merah lobak merah, goncang goncang! Kenapa perlu goncang lobak merah?
Respon Ji-soo kepada peminat itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa kemunculan semula BLACKPINK yang ditunggu-tunggu akan berlaku pada Ogos ini. Sebelum ini, BLACKPINK dilaporkan sedang bersedia untuk kemunculan semula pada musim panas ini, tetapi YG Entertainment telah menafikannya.
Bilalah agaknya BLACKPINK akan comeback?