Ikuti Kami:

Jengah Industri Hollywood, Kim Yoonji Bakal Tampil Dalam Filem Netflix ‘Lift’

Jengah Industri Hollywood, Kim Yoonji Bakal Tampil Dalam Filem Netflix ‘Lift’

Dari penyanyi ke pelakon, Kim Yoon-ji bakal menjengah industri Hollywood menerusi filem Netflix, “Lift”.

Filem “Lift” merupakan satu idea asal Netflix yang mengisahkan mengenai sekumpulan pencuri yang menghalang serangan pengganas. Filem “Lift” akan diterajui oleh F. Gary Gray, yang terkenal dengan filem seperti “Straight Outta Compton”, “The Italian Job”, “Men In Black: International”, “The Negotiator”, “Set it Off” serta banyak lagi muzik video dengan pelbagai artis.

Sewaktu bergelar penyanyi, dia lebih dikenali sebagai Yoon-ji NS namun bagi karier lakonannya, dia menggunakan nama Kim Yoon-ji sebagai nama pentas. Yoon-ji bakal tampil bergandingan bersama pelakon Ursula Corbero, yang sebelum ini terkenal dengan watak “Tokyo” dalam siri Netflix, “Money Heist”. Sebelum ini, Kim Yoo-ji pernah berkongsi mengenai hubungan persahabatannya bersama Ursula Corbero dalam satu rancangan hiburan, “Same Bed Different Dream 2 – You Are My Destiny”.kim yoonjiTahun lalu, Yoon-ji berjaya menonjolkan bakatnya apabila dia membuat kemunculan dalam satu drama terbitan tvN, “Mine”. Memegang watak sebagai “Jasmine”, Yoon-ji berjaya meninggalkan impak lakonan yang memberangsangkan dengan kualiti lakonan yang unik dan penyampaian watak yang hebat.

Korang excited tak nak tengok lakonan Kim Yoon-ji untuk filem baru ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...