Ikuti Kami:

Jay Park Buka Label Baharu ‘More Vision’

Jay Park Buka Label Baharu ‘More Vision’

Jay Park telah melancarkan label baharunya!

Jay Park ingin menjemput peminat di seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam menyebarkan misinya ‘More Love, More Laughter, MORE VISION’. Melalui label hiburan baharunya MORE VISION, Jay Park menyasarkan untuk berkongsi kecintaannya terhadap hip-hop, R&B, tarian, rap dan banyak lagi dengan lebih ramai orang, menyebarkan kegembiraan dengan cara yang bermakna.

Jay Park, yang memulakan kerjaya dalam industri K-hiburan pada 2008, telah mengasaskan label muzik AOMG dan H1GHR MUSIC, mendorong kepada pertumbuhan hip-hop di Korea Selatan. Pemuzik itu juga menandatangani dengan agensi U.S. Roc Nation untuk promosinya di Amerika. Awal tahun ini, Jay Park turut melancarkan jenama soju premiumnya, WON SOJU.

Selain itu, Jay Park baru-baru ini telah mencipta akaun Instagramnya yang baharu, setelah dia menutup akaunnya yang sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan projek baharu Jay Park di bawah label ‘More Vision’!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...