Penyanyi kegemaran Korea iaitu IU sudah pun memulakan konsert jelajahnya yang dinamakan sebagai ‘Love Poem’ bermula daripada Seoul. Bagi peminat IU daripada Malaysia, jangan khuatir kerana gadis genit itu bakal mengadakan persembahan di Axiata Arena pada 21 Disember ini. Cepat dapatkan tiket!
Kalau anda nak tahu, IU sebenarnya merupakan selebriti yang sangat popular di Korea. Senang cerita dia merupakan selebriti dalam kalangan selebriti itu sendiri. Ini dibuktikan apabila ramai nama-nama besar yang menghadiri konsertnya di Seoul baru-baru ini. Antaranya ialah Song Hyekyo, Lee Junki, Yeo Jingoo, Lee Dohyun, Kang Mina dan Kim Sohyun. Bintang K-Pop juga tidak terlepas untuk menghadiri konsert penyanyi hebat itu, beberapa idola yang dirakamkan menghadirinya ialah Gfriend (Sowon, Umji, Eunha, Yuju), Weki Meki (Doyeon, Lina) dan Suho daripada EXO.
Tapi yang paling menarik perhatian netizen apabila pasangan selebriti ini yang turut menghadiri konsert IU itu. Tak lain tak bukan, pasangan pelakon popular iaitu Choi Taejoon dan Park Shinhye! Hal ini agak mengejutkan kerana pasangan ini jarang memunculkan diri bersama-sama di khalayak ramai. Tambahan lagi, selepas mengakui sedang bercinta, kedua-dua Choi Taejoon dan Park Shinhye lebih senang menyimpan kisah peribadi mereka daripada pengetahuan orang ramai.
Walaubagaimanapun, pasangan ini tak terlepas daripada pandangan tajam netizen. Para peminat yang menghadiri konsert itu sempat merakamkan beberapa gambar Choi Taejoon dan Park Shinhye yang sedang dalam perjalanan memasuki dewan konsert tersebut. Meskipun memakai penutup muka, mereka masih dikenali oleh peminat.
Netizen yang melihat gambar ini melahirkan rasa gembira kerana pasangan ini kelihatan sangat bahagia dan sempat meluangkan masa untuk ‘date’ di konsert IU. Ramai juga yang berharap agar hubungan mereka akan melangkah ke peringkat yang lebih serius memandangkan mereka sudah bercinta selama lebih dua tahun.
Sumber: JazmineMedia