Ikuti Kami:

IU Umum Konsert Jelajahnya ‘Love, Poem’ Di Axiata Arena, 21 Disember Ini!

IU Umum Konsert Jelajahnya ‘Love, Poem’ Di Axiata Arena, 21 Disember Ini!

Demam drama Korea iaitu ‘Hotel Del Luna’ sampai sekarang tak kebah lagi! Bukan sahaja popular di Korea tapi drama ini turut meletup di serata dunia termasuklah di Malaysia. Boleh dikatakan kalau sebut sahaja nama drama ini dan barisan pelakon utamanya iaitu IU dan Yeo Jingoo, pasti ramai peminat K-Drama di Malaysia yang kenal.

Lepas dah semakin popular ini, mesti ramai yang ingin jumpa sendiri dengan para pelakon tersebut, yalah sebelum ini asyik tatap di kaca televisyen sahaja. Dengar khabarnya Yeo Jingoo telah pun melakukan perjumpaan peminat di Singapura baru-baru ini, kesian peminatnya di Malaysia yang tak dapat nak turut serta. Sedihnya!

Tapi jangan risau kerana ada berita gembira untuk anda semua! IU menerusi perjumpaan peminatnya di Korea baru-baru ini telah mengumumkan konsert jelajah untuk peminatnya di sekitar Asia Tenggara termasuklah Malaysia!

iu malaysia konsert jelajah

iu konsert jelanjah axiata arena

Pasti ramai yang mengenali nama IU menerusi drama-drama lakonannya seperti Dream High, Moon Lovers, Producers, My Mister dan banyak lagi! Tapi sebenarnya IU mula terkenal di Korea sebagai seorang penyanyi. Pantang keluar lagu baru mesti jadi sebutan rakyat Korea! Antara lagu popularnya ialah ‘Marshmallow’, ‘Palette’, ‘BbiBbi’, ‘Shoes’, ‘Good Day’ dan banyak lagi. Jadi konsert jelajah ini akan menekankan imej IU sebagai seorang penyanyi.

Menurut pengumuman yang dibuat oleh IU semasa perjumpaan peminat baru-baru ini, konsertnya iaitu ‘Love Poem’ akan diadakan pada 21 Disember di Axiata Arena. Pun begitu, anda semua kena nantikan pengumuman rasmi daripada penganjur di Malaysia untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai harga tiket, cara pembelian tiket dan sebagainya.

iu konsert jelajah malaysia

Konsert ini merupakan lawatan julung kalinya oleh IU ke negara Malaysia! Sebelum ini peminatnya di Malaysia yang digelar ‘UAENA’ terpaksa menghadiri konsertnya dia negara jiran seperti Indonesia Dan Singapura bagi melihatnya secara berdepan. Sekarang ini tidak perlu lagi kerana peminatnya di Malaysia bakal melihatnya melakukan persembahan di Axiata Arena secara langsung. Tak sabarnya!

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...