Ikuti Kami:

“Janggal..” – Dianggap Tak Sensitif, Penonton Tak Selesa Tonton ‘Queen Of Tears’ Dek Plot Ini

“Janggal..” – Dianggap Tak Sensitif, Penonton Tak Selesa Tonton ‘Queen Of Tears’ Dek Plot Ini

Berjaya meraih rating tinggi, beberapa penonton nampaknya kurang senang dengan plot “Queen of Tears”.

Dalam episod ke-2 drama tersebut, ianya dimulakan dengan babak dramatik di mana Hyun-woo (Kim Soo-hyun) terkejut selepas mengetahui bahawa isterinya Hae-in (Kim Ji-won) hanya ada 3 bulan lagi untuk hidup.

Bagaimanapun, si suami tidak sedih sama sekali dan sebenarnya gembira malahan berkeras mahu isterinya diperiksa semula untuk mengesahkan sama ada dia akan benar-benar mati. Hal ini kerana, dia melihat situasi ini sebagai peluang untuk dia meninggalkan keluarga kaya isterinya tanpa perlu bercerai.

Meskipun dianggap sebagai jenaka namun, ia telah mencetuskan perdebatan antara penonton kerana terlalu janggal dan tidak sensitif untuk memasukkan plot di mana suami menginginkan isterinya mati.

tvn queen of tears

Komen penonton,

Saya tahu ia hanyalah komedi, tetapi ia tetap janggal untuk tonton suami yang mengetahui isterinya hanya tinggal 3 bulan untuk hidup tetapi tidak berasa sedih.

 

Walaupun dia tak suka isterinya, ia nampak pelik untuk dia gembira melihat dia hampir mati.

 

Isterinya tak melakukan apa-apa yang patut dibenci pun sampai suaminya seronok selepas tahu dia akan mati.

 

Episod 1 ok tapi kenapa episod 2 sangat janggal?

Walaupun terdapat kontroversi, rating untuk episod ke-2 “Queen of Tears” telah mencipta rekod tinggi mencecah 8.2%.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...