Utama Rancangan Hiburan “Jangan Sedih” – Diusik Ahli ‘Running Man’, Penonton Perasan Kim Jongkook Asyik...

“Jangan Sedih” – Diusik Ahli ‘Running Man’, Penonton Perasan Kim Jongkook Asyik ‘Back Up’ Song Jihyo

running man

Pandangan tajam penonton tak akan pernah terlepas menyaksikan reaksi ‘manja’ antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo dalam “Running Man”.

Dalam episod terbaru ini, penonton dibawa ke bahagian ketiga tayangan istimewa “Running Outing: Summer Vacation”. Untuk episod ini, mereka bermain pelbagai permainan selain turut makan dan tidur bersama.

Dalam interaksi yang ditonjolkan antara ahli, peminat perasan hubungan akrab antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook. Malah lelaki itu dilihat sering mempertahankan wanita berkenaan apabila dia diusik.

Semasa sedih kerana sering terpotong tangkai paprika, Kim Jong-kook memujuk Song Ji-hyo dan berkata,

Biasalah terpotong tangkai tu.

running man

Semasa mereka berbincang mengenai Song Ji-hyo yang memberikan biskut buat anak-anak Yoo Jae-suk dan Haha, Ji Suk-jin mencelah dan mempersoalkan mengapa anak lelakinya tidak mendapat apa-apa. Nafi Kim Jong-kook,

Hyun-woo kan dah dewasa.

Lelaki paling tua dalam “Running Man” itu turut mengungkit mengenai pemberian ikan kering pada 8 tahun lalu di mana dia hanya menerima sekali sahaja berbanding ahli lain yang mendapat dua kali hadiah dari Song Ji-hyo. Celah berbadan sasa itu,

Awak bukan suka pun ikan itu.

song jihyo kim jongkook

Melihatkan sikap defensif Kim Jong-kook membuatkan penonton teruja dengan keakrabannya dan Song Ji-hyo.

Dah macam ‘bodyguard’ Song Ji-hyo~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNaver TV
Loading...