Ikuti Kami:

“Jangan Padam Gambar..” – Pernah Laluinya, Lee Sungkyung Kongsi Cara ‘Move On’ Lepas Putus Cinta

“Jangan Padam Gambar..” – Pernah Laluinya, Lee Sungkyung Kongsi Cara ‘Move On’ Lepas Putus Cinta

Ada tak yang dah mula tonton drama baru Kim Young-kwang dan Lee Sung-kyung “Call It Love” di Disney+ kini?

Baru-baru ini, kedua pelakon utama drama itu telah tampil dalam video temu bual bersama majalah Elle Korea. Khususnya dalam video tersebut, Lee Sung-kyung membaca satu luahan yang ditulis oleh peminat,

Saya mahu meredakan perasaan saya selepas putus cinta. Tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk pulih daripada perpisahan itu.

Respon pelakon wanita itu mengenai luahan tersebut,

Inilah yang sebenarnya saya katakan kepada rakan-rakan saya yang putus cinta. Pergi berjumpa dengan mereka jika awak merindui mereka. Jangan padamkan foto yang awak ambil bersama dia jika awak tidak boleh. Bagaimana awak boleh memadamkan kenangan  itu sekaligus? Dia mungkin adalah seseorang yang paling awak sayangi dan rasa lebih dekat daripada keluarga awak sendiri.

Sambungnya lagi,

Saya memberitahu mereka untuk menyimpan kenangan itu sehingga mereka bersedia untuk melepaskannya. Terima perpisahan dengan bukti bahawa awak sangat menyukai orang itu. Kemudian masa akan berlalu. Orang itu akan dilupakan dan seseorang yang baru akan muncul!

Wah, bercakap dari pengalaman ke tu Lee Sung-kyung?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...