Ikuti Kami:

“Jangan Lupakan Saya..” – Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

“Jangan Lupakan Saya..” – Song Kang Titip Surat Tulisan Tangan Buat Peminat Sebelum Masuk Tentera

Song Kang telah meninggalkan surat tulisan tangan sebelum memasuki tentera pada 2 April ini.

Pada 1 April, Song Kang telah berkongsi berita mengenai latihan ketenteraannya serta meluahkan perasaan pada “Songpyeon” (kelab peminat Song Kang).

Di mana, pelakon yang terkenal dengan drama “Sweet Home” serta “My Demon” itu telah memuat naik satu surat tulisan tangan buat peminat.

Tulisnya,

Saya tak tahu nak bermula dari mana, awak semua mesti dah baca artikel kan? Ya benar saya akhirnya akan pergi (menjalani latihan tentera).

Kepada peminat yang setia menyokong saya dari 2017 dan selepas itu, saya rasa yang saya berjaya berada di tahap ini kerana awak semua. Banyak memori yang kita dah cipta bersama.

Tambahnya,

Dalam hidup ini, saya bersyukur dengan banyak perkara. Kehidupan 20-an saya dipenuhi dengan memori yang bermakna dan saya berterima kasih kepada awak semua.

Saya tak akan ada bersama kamu buat sementara waktu, tapi masa akan berjalan dengan pantas. Saya harap kita dapat jumpa kembali dalam keadaan yang sihat. Jika masa itu tiba, saya ingin menyapa awak dengan penampilan yang lebih ceria.

song-kang-letter

Sambungnya lagi,

Saya akan pergi dan pulang dengan selamat! Jangan lupakan saya kerana saya sentiasa akan mengingati awak semua. Saya harap awak semua kekal sihat dan bahagia. Saya sayangkan awak!

Sedihnya.. Selamat berkhidmat Song Kang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...