Baru-baru ini, beberapa orang peminat telah berkongsi pengalaman mereka terserempak dengan Song Kang di Pulau Jeju.
Menurut hantaran itu, Song Kang didapati telah melawat Pulau Jeju dan mendaki Gunung Halla. Peminat tersebut turut menceritakan bahawa pelakon “My Demon” itu juga dengan baik hatinya telah melayani permintaan peminat untuk bergambar bersama meskipun sudah menghabiskan lebih dari 9 jam untuk mendaki gunung tersebut.
Dalam gambar yang dikongsi di media sosial, Song Kang telah dilihat mempamerkan susuk tubuh badannya yang sasa dan wajah kacaknya yang tidak dapat disorokkan meskipun dia memakai sut mendaki.
A filipino fan shared a picture of Song Kang hiking in Jeju island! OP said he still looked handsome even after 9 hours of hiking 😆 ) pic.twitter.com/HEr5lFbYvq
— ali | MY DEMON 😈 (@NJHIST0RY) March 23, 2024
Salah seorang netizen yang melihat foto tersebut turut meninggalkan komen yang berkata,
Awak perlu pergi ke salon untuk membuat rambut dan bersolek selama berjam-jam untuk mendapatkan visual seperti Song Kang.
Tidak berhenti di situ, peminat yang lain turut berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan pelakon tersebut di lapangan terbang Jeju. Di mana, Song Kang sekali lagi telah dipuji kerana melayani peminatnya dengan baik.
Sementara itu, Song Kang akan mula menjalani perkhidmatan ketenteraannya pada 2 April ini dan dia juga dilaporkan akan terlibat dalam produksi “Sweet Home 3” sebelum memasuki tentera.
Seronoknya jumpa Song Kang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.