Rasanya ramai yang tahu bahawa Jang Na-ra bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi?
Berita itu diumumkan sendiri oleh pelakon tersebut beberapa minggu lalu selain merahsiakan identiti bakal suami serta informasi mengenai majlis tersebut. Katanya, dia mahu menghormati privasi lelaki tersebut yang merupakan orang dalam industri seni dan bukan seorang selebriti.
Terbaru, khabar angin tersebar mengatakan Jang Na-ra dan tunangannya bakal berkahwin dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Jun ini di Seoul pada jam 6 petang.
Jawab agensinya mengenai berita ini,
Berkenaan hari perkahwinan Jang Na-ra, sukar untuk mengesahkannya kerana seperti dikatakan, ia adalah hal peribadinya.
Semoga urusan pasangan ini berjalan lancar!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.