Ikuti Kami:

Jana Pendapatan RM13.6 Bilion, Bang Sihyuk Gembira Ahli BTS Setia Bersama HYBE

Jana Pendapatan RM13.6 Bilion, Bang Sihyuk Gembira Ahli BTS Setia Bersama HYBE

Pengerusi HYBE Entertainment telah mendedahkan perasaan gembiranya.

Pengasas JYP Entertainment, Park Jin-young dan pengerusi HYBE Entertainment iaitu Bang Si-hyuk telah membuat penampilan di dalam rancangan “You Quiz On The Block” pada 1 November.

Dalam rancangan itu, Bang Si-hyuk mendedahkan bahawa nilai kedua-dua syarikat JYP dan Hybe adalah sebanyak RM49.5 bilion.

Bang Si-hyuk juga berkata dia tidak pernah menyangka dirinya dapat berada di posisi sekarang. Katanya,

Sebelum bina syarikat sendiri, saya merupakan penerbit di syarikat JYP. Jadi bila saya buka syarikat sendiri dan debutkan BTS, kami sangat susah masa tu. Kami juga ada banyak sangat hutang dan syarikat kami hampir lingkup.

jyp hybe

Tambahnya,

Masa kesemua ahli BTS memperbaharui kontrak mereka bersama kami, saya rasa sangat gembira dan sangat terharu. Saya mula teringatkan kisah perjalanan kami bersama. Kesusahan yang kami hadapi. Malah, hari ketika mereka memperbaharui kontrak itu juga merupakan hari yang paling bahagia dalam hidup saya.

Tidak ketinggalan, pengacara Jo Se-ho juga telah mengejutkan ramai pihak setelah mendedahkan bahawa mengikut data Forbes, jumlah pendapatan Bang Si-hyuk adalah sebanyak RM13.6 bilion.

Betul la orang kata, kita kena terus berusaha untuk berjaya dan jangan mudah untuk putus asa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...