Ikuti Kami:

Jalani Hidup Teratur, Ini 6 Perkara Korang Perlu Tahu Jika Bercadang Untuk Menetap Di Korea

Jalani Hidup Teratur, Ini 6 Perkara Korang Perlu Tahu Jika Bercadang Untuk Menetap Di Korea

Ini mungkin petua berguna untuk sesiapa yang ingin ke Korea mahupun mahu menetap di sana.

Kali ini KimchiDaiy nak kongsikan 6 perkara yang korang perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk tinggal di Korea, bagi tempoh masa yang lama.

Pengurusan sisa buangan

petua tips tinggal di korea

Korea Selatan mempunyai peraturan pembuangan sampah yang ketat. Korang perlu beli beg khusus berdasarkan saiz sampah dan menyusun sisa dengan teliti mengikut kategori seperti kertas, plastik, sisa makanan dan banyak lagi. Ia adalah rutin yang mungkin memerlukan sedikit masa untuk korang membiasakan diri. Jika gagal mengikuti peraturan ini, korang mungkin akan dikenakan tindakan undang-undang.

T-Money subway

Untuk memudahkan perjalanan korang masa dekat Korea, belilah t-money subwayT-money subway ini lebih kurang macam ‘Touch ‘n Go’ di Malaysia tetapi dikhaskan untuk pengangkutan awam sahaja. Ianya boleh didapati di mesin tiket yang berada di stesen subway sekitar bandar Seoul. Selain itu, ia juga dijual di kedai serbaneka seperti 7-Eleven atau CU Mart yang berharga RM16.65 sahaja. Dah beli kad, jangan lupa untuk tambah nilai kad tersebut.

Sediakan nombor pendaftaran residen

petua tips tinggal di korea

Petua ini agak penting kerana untuk menempah tiket filem, festival dan pelbagai lagi aktiviti lain, korang memerlukan nombor pendaftaran kediaman dan nombor telefon Korea. Pastikan korang mendapatkannya dengan cepat semasa tiba di lokasi untuk menikmati perkhidmatan itu tanpa rasa serabut dan kalut.

Petua cepat beli tiket

Mendapatkan tiket untuk acara popular boleh menjadi urusan yang kompetitif tidak kira berada di mana. Untuk peluang terbaik, korang boleh gunakan PC Bang atau lebih dikenali sebagai kafe internet di Malaysia, untuk internet yang lebih pantas. Selain itu, korang juga perlu membuat persedian awal seperti beratur satu jam lebih awal di sana.

Orang asing bertanyakan soalan peribadi

Jangan terkejut dengan soalan peribadi langsung daripada orang awam di Korea. Ia adalah sebahagian daripada pergaulan di negara itu untuk bertanya tentang perkara seperti pekerjaan, status perhubungan atau juga jenis darah korang.

Kongsi makanan

Mungkin ia kedengaran seperti biasa kita lakukan, tetapi jangan marah kalau rakan Korea tiba-tiba mencelup makanan korang sebanyak dua kali. Ia dipanggil budaya ‘double dipping’ di mana, ini adalah tanda persahabatan dan kepercayaan, jadi sertai dan nikmati pengalaman menarik itu.

Ada ke antara korang nak berhijrah ke Korea?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...