Ikuti Kami:

Jadi Wajah Baru Jenama Terkenal, Jisoo BLACKPINK Beri Petanda Akan Keluarkan Lagu Baru Tak Lama Lagi

Jadi Wajah Baru Jenama Terkenal, Jisoo BLACKPINK Beri Petanda Akan Keluarkan Lagu Baru Tak Lama Lagi

Ji-soo BLACKPINK telah diumumkan sebagai wajah baru jenama fesyen United Kingdom, Self-Portrait.

Self-Portrait menyatakan bahawa Ji-soo merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi wajah baru mereka sekaligus menggelarkan ahli BLACKPINK itu sebagai ikon global dan pemuzik yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Dalam kempen promosi yang dikeluarkan, wakil jenama itu berkata,

Selain daripada kempen bersama Self-Portrait, Ji-soo pada masa ini agak sibuk. Dia juga sedang membuat persediaan untuk mengeluarkan lagu barunya.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, rata-rata peminat telah meluahkan keterujaan mereka akan projek solo Ji-soo yang akan datang.

Mereka turut meluahkan kegembiraan mereka selepas ahli BLACKPINK itu menjadi penyanyi pertama yang dipilih sebagai wajah baru Self-Portrait, menggantikan wajah-wajah yang lepas iaitu Bella Hadid dan Gigi Hadid.

Dalam masa yang sama, selepas meninggalkan YG Entertainement, Ji-soo telah menubuhkan agensinya sendiri iaitu Blissoo, dan kini jadi semakin aktif dalam industri muzik, fesyen dan filem.

Peminat juga percaya bahawa ahli BLACKPINK itu akan terus cemerlang dalam semua projeknya di masa hadapan.

Terbaiklah Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...