Ikuti Kami:

“Dia Bagi..” – Sangat Peramah, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Lisa BLACKPINK Di Singapura

“Dia Bagi..” – Sangat Peramah, Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Lisa BLACKPINK Di Singapura

Lisa BLACKPINK dan Sorn telah dilihat singgah makan di sebuah restoran terkenal selepas menghadiri konsert Taylor Swift di Singapura.

Salah seorang pekerja restoran tersebut yang juga merupakan peminat kepada BLACKPINK telah berkongsi pengalaman berharga yang tidak akan pernah dilupakannya.

Di mana, setelah ahli BLACKPINK itu menyedari bahawa pekerja tersebut merupakan peminatnya, Lisa telah menghadiahkan gadis itu seutas gelang miliknya, sebagai tanda persahabatan.

Berasa teruja, peminat bertuah itu kemudiannya telah berkongsi pengalaman tersebut di media sosial dan turut memuji sikap peramah dah merendah diri ahli BLACKPINK itu.

Dalam masa yang sama, ini bukan kali pertama Lisa didapati menukar gelang persahabatan bersama peminatnya.

Di mana, ketika dia menghadiri konsert Taylor Swift, ahli BLACKPINK itu turut memberikan gelang miliknya buat peminat yang yang turut hadir ke konsert penyanyi Amerika tersebut.

Selaps hantaran itu tular, rata-rata peminat di media sosial telah memuji sikap ahli BLACKPINK itu yang sudi melayani peminatnya meskipun dia sedang bercuti.

Baiknya Lisa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...