Ikuti Kami:

Jadi ‘Trendsetter’, Ini Antara 6 Selebriti Lelaki Popular Kacak Berambut Panjang

Jadi ‘Trendsetter’, Ini Antara 6 Selebriti Lelaki Popular Kacak Berambut Panjang

Jarang orang lelaki suka simpan rambut panjang.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 selebriti lelaki Korea yang dijadikan inspirasi untuk lelaki kelihatan yakin ketika berambut panjang.

Jungkook BTS

selebriti lelaki korea berambut panjang

Umum mengetahui bahawa kumpulan BTS sangat popular terutamanya dalam kalangan remaja. Apa sahaja yang dilakukan oleh ahli BTS semestinya bakal diikuti oleh peminat. Salah seorangnya ialah Jung-kook. Idola ini kelihatan sangat kacak dan seksi apabila mengenakan gaya rambut panjang.

Hyunjin STRAY KIDS

selebriti lelaki korea berambut panjang

Hyun-jin memulakan kerjaya dalam seni hiburan sebagai penyanyi K-Pop kumpulan lelaki, Stray Kids. Selain disukai oleh kerana mempunyai suara yang merdu, Hyun-jin juga diminati oleh kerana reti bergaya. Lihat sahaja penampilan rambutnya yang sentiasa kemas dan segak.

Lee Dongwook

selebriti lelaki korea berambut panjang

Pelakon lelaki pujaan Korea ini akan sentiasa kelihatan kacak setiap kali muncul di kaca TV. Antara drama yang popular dibintanginya ialah “Goblin”. Gaya rambutnya yang berwarna hitam dan panjang disisir ke depan itu berjaya membuat para wanita terkesima dengan rupanya.

Lee Jongsuk 

selebriti lelaki korea berambut panjang

Lee Jong-suk mula dikenali melalui drama “Pinocchio” di mana, dia menjadi watak utama bersama dengan Park Shin-hye. Bukan sahaja dikagumi dengan bakat luar biasa, Lee Jong-suk juga disukai kerana mempunyai rambut panjang yang kemas dan licin persis wanita.

Kim Woobin 

selebriti lelaki korea berambut panjang

Antara artis Korea yang paling ramai diminati ialah Kim Woo-bin. Debut pertama Kim Woo-bin adalah pada tahun 2011 melalui drama “White Christmas”. Setelah sekian lama berada dalam dunia lakonan, semua drama yang dibintanginya pasti akan menjadi popular.

Kim Bum 

selebriti lelaki korea berambut panjang

Peminat “Boys Over Flower” pasti ingat adegan-adegan yang dilakonkan oleh Kim Bum dalam drama itu kan? Kim Bum merupakan salah seorang pelakon lelaki yang menjadi pujaan hati ramai wanita kerana mempunyai rupa paras yang comel dan dalam masa yang sama, dia juga kacak. Terutamanya, apabila Kim Bum tampil dengan rambut panjang paras bahu, berjaya menarik perhatian peminatnya.

Sangat attractive ye bila lelaki berambut panjang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...