Ikuti Kami:

Jadi Roh Manusia Yang Harus Bekerja, Rowoon SF9 Ulas Watak Dalam ‘Tomorrow’

Jadi Roh Manusia Yang Harus Bekerja, Rowoon SF9 Ulas Watak Dalam ‘Tomorrow’

Baru-baru ini, Rowoon SF9 telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Harper’s Bazaar!

Semasa sesi temu bual, Rowoon berborak mengenai dramanya akan datang “Tomorrow”. “Tomorrow” menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

Kisah bermula apabila Choi Joon-woong (Rowoon) yang merupakan seorang penganggur yang terlibat dalam satu kemalangan dan jatuh koma. Namun begitu, rohnya mendapat kerja dalam pasukan pengurusan krisis di bahagian pengurusan roh Phanstasmagoria sebagai staf termuda.

rowoon sf9 mbc tommorow

Rowoon menjelaskan secara terperinci tentang wataknya sebagai Choi Joon-woong dalam drama itu sambil berkata,

Choi Joon-woong ialah watak paling biasa yang pernah saya lakonkan. Dia adalah penuai suram yang memimpin mereka yang ingin menyerah pada kehidupan mereka, tetapi dia bukan seorang wira. Adalah tidak realistik untuk menyelamatkan semua orang yang mengalami kesukaran. Daya tarikan Choi Joon-woong ialah dia berbeza daripada watak utama dalam drama dan filem.

Apabila ditanya sama ada dia fikir hari esok adalah penting, dia terus terang menjawab,

Dalam buku ‘The Courage to be Disliked’, saya masih ingat petikan ahli psikologi Alfred Adler. ‘Pembohongan terbesar dalam hidup adalah untuk tidak hidup sekarang’. Masa kini adalah satu-satunya perkara yang boleh saya ubah kerana saat itu akan menjadi masa lalu dan masa depan masih belum diketahui. Jadi saya akan fokus pada masa kini.

rowoon sf9 mbc tommorow

Saksikan “Tomorrow” bermula 25 Mac ini di MBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...