Ikuti Kami:

“Pertama Kali Saya Potong & Luntur Rambut Dalam 20 Tahun” – Kim Heesun Ulas Watak Dalam ‘Tomorrow’

“Pertama Kali Saya Potong & Luntur Rambut Dalam 20 Tahun” – Kim Heesun Ulas Watak Dalam ‘Tomorrow’

Boleh dikatakan hampir semua terkejut melihat perubahan drastik penampilan Kim Hee-sun dalam “Tomorrow”!

Bakal ditayangkan pada Mac ini, Kim Hee-sun sempat berkongsi beberapa cerita mengenai drama fantasi berkenaan.

Mengulas mengenai wataknya, Goo Ryeon,

Ryeon ialah seorang tsundere (dingin di luar, panas di dalam). Dia menggunakan nada suara yang kuat dan bercakap secara lantang supaya orang yang mahu berputus asa dengan hidupnya akan bangun sendiri dan mendapat pencerahan. Namun terdapat kasih sayang dan cinta pada kelakuan dan percakapannya. Ryeon adalah sangat cool dan dia tahu menjaga orang lain.

kim heesun tomorrow

Kim Hee-sun juga mengatakan bahawa dia mempunyai 50% persamaan dengan watak tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata peminat terkejut melihat perubahan penampilan pelakon itu dalam “Tomorrow”. Jelasnya,

Selepas membaca naskhah asal, saya cuba menyamakan penampilan saya dengan watak ini sebanyak yang boleh. Saya merasakan ia adalah cara terbaik untuk memahami cerita dan watak tersebut dengan lebih mendalam. Pertama kali dalam 20 tahun, saya memotong rambut pendek dan melunturkannya. Bagi mengekalkan warna merah jambu ini, saya menggunakan syampu penyalut setiap 2 ke 3 hari.

kim heesun tomorrow

“Tomorrow” menceritakan kisah fantasi di tempat kerja dan menggembara di antara realiti dan juga kehidupan akhirat. Apabila dunia selepas kehidupan berada dalam situasi yang menggemparkan dek terdapat ramai roh hasil kes pembunuhan diri, satu pasukan pengurusan krisis telah turun ke bumi bagi menguruskan manusia yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mengambil nyawanya sendiri dan membuatkan mereka mahu hidup semula.

Saksikan “Tomorrow” bermula 25 Mac ini di MBC!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...