Ikuti Kami:

Jadi Rebutan Kini, Lee Junho Dilamar Terajui Drama Netflix Baru ‘Cashero’

Jadi Rebutan Kini, Lee Junho Dilamar Terajui Drama Netflix Baru ‘Cashero’

Drama “King the Land” belum tamat, Lee Jun-ho nampaknya telah menerima tawaran untuk terajui projek yang seterusnya.

Terbaru pada 13 Julai, Lee Jun-ho dilapor akan memainkan watak utama dalam siri Netflix baru berjudul “Cashero”.

Tidak lama kemudian, JYP Entertainment memberi respon,

Lee Jun-ho menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Cashero’ dan sedang menyemaknya.

Untuk pengetahuan, “Cashero” adalah drama berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, menggambarkan kisah wira-wira yang melindungi orang biasa dalam kehidupan seharian. Kebolehan fizikalnya akan bertambah kuat berdasarkan jumlah wang tunai yang dimilikinya.

lee junho

Jika dia menerima tawaran ini, Lee Jun-ho dijangka akan menghidupkan watak utama sebagai Kang Sang-woong, seseorang yang kuat dan akan makin bertambah kuat, jika wang tunainya semakin banyak.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai “Cashero”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...