Meski raih rating tinggi, episod terbaru “King the Land” nampaknya telah dikritik penonton Arab..
Terbaru pada 9 Julai, episod 8 “King the Land” telah ditayangkan, di mana watak baru diperkenalkan iaitu Putera Samir, seorang Putera Arab, yang dibawakan oleh pelakon “Squid Game” Anupam Tripathi.
Meskipun teruja melihat watak Putera Samir itu namun, ramai penonton marah denagn cara drama tersebut memperkenalkan wataknya.
Ketika episod itu disiarkan, penonton percaya bahawa watak Putera Samir seolah-olah menghina orang Arab. Khususnya, watak itu telah digambarkan dengan cara yang tidak sopan, seperti membawanya ke bar, dengan wanita menyentuhnya dan juga taksub kepada wanita yang mengelinginya di bar.
What do you want to convey by insulting the Arabs?
🛑We don’t drink
🛑We don’t go to bars
🛑The men don’t touch the women.#JTBCAPOLOGIZE#KdramaOffendsTheArabs pic.twitter.com/cXJql50qb3— 🥈Lana (@3hp_e) July 9, 2023
Selepas episod itu ditayangkan, penonton rata-rata tersinggung dan kecewa kerana orang Arab bukanlah seperti apa yang dipaparkan.
Apa yang mereka ingin sampaikan dengan menghina orang Arab?
Ia adalah stereotaip kepada orang Arab dan babak ini sememangnya tidak perlu untuk drama ini.
Berhenti menggambarkan kami dengan cara yang teruk.
Dah 2023 tetapi anda masih menganggap Putera Arab sebagai orang kaya, minum alkohol dan pergi kelab sambil dikelilingi wanita?
Sementara itu, JTBC masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai kritikan berkenaan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉