Nampaknya, “King the Land” adalah antara K-Drama yang paling banyak ditonton di seluruh dunia kini.
Terbaru, “King the Land” telah berjaya berada di No.1 dalam carta Netflix Global, untuk rancangan TV bukan bahasa Inggeris.
Untuk pengetahuan, drama yang diterajui Lee Jun-ho dan Yoon-a itu telah meraih 4 juta penonton, setakat 26 Jun hingga 2 Julai.
Bukan itu sahaja, “King the Land” juga No.1 dalam ranking Netflix di banyak negara, termasuklah Malaysia.
Sementara itu, dalam sesi temu bual sebelum ini, Yoon-a pernah berkongsi bahawa dia mempunyai hajat iaitu untuk dramanya tersebut berada di No.1 dalam carta Netflix Global dan kini akhirnya tercapai!
Tahniah buat semua pelakon dan pasukan produksi!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉