Ikuti Kami:

Jadi Perdebatan Hangat, Hidup Mati Watak Lee Jiah Dalam ‘The Penthouse 2’ Dirahsiakan

Jadi Perdebatan Hangat, Hidup Mati Watak Lee Jiah Dalam ‘The Penthouse 2’ Dirahsiakan

Melihatkan teaser pendek yang dikongsikan baru-baru ini, penonton nyata dah tak sabar menantikan musim kedua “The Penthouse” yang bakal ditayangkan pada 19 Februari nanti.

Musim pertama berakhir dengan mengejutkan apabila pembunuh Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) didedahkan sebagai suaminya sendiri, Ju Dan-tae (Uhm Ki-joon) selain dibantu oleh Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) yang digelapkan mata mereka dek tamak dengan kekayaan.

Bahkan semua tertanya mengenai nasib Oh Yoon-hee (Eugene) yang bertindak mencederakan dirinya sendiri di hadapan Logan Lee (Park Eun-seok) yang tidak mempercayai bahawa dia bukanlah pembunuh sebenar Shim Su-ryeon.

the penthouse 2

Dalam klip pendek musim kedua drama ini, dapat dilihat bahawa Oh Yoon-hee masih lagi selamat manakala Cheon Seo-jin meneruskan kehidupannya sebagai wanita paling berkuasa di Hera Palace. Pun begitu, sepertinya hidupnya akan jadi tidak tenang kerana menjadi sasaran ugutan individu tidak dikenali.

Cheon Seo-jin yang melihat Oh Yoon-hee kembali semula selepas dituduh membunuh Shim Su-ryeon kemudiannya menghubungi wanita itu dan menuduh dialah dalang kepada ugutan tersebut. Balas Oh Yoon-hee dengan sinis,

Saya tak mulakan apa-apa pun lagi.

Malah daripada klip tersebut, kelihatan sepertinya kesemua watak dalam musim pertama akan kembali beraksi untuk musim kedua ini. Pun begitu, penonton terus tertanya-tanya mengenai hidup mati Shim Su-ryeon memandangkan tiada pengesahan dibuat melainkan pengebumiannya.

lee jiah the penthouse

Malah topik mengenai kematian Lee Ji-ah nyata menjadi perdenatan hangat di antara penonton sehinggakan drama “The Penthouse” meningkat sehingga 48.40% dalam drama kini yang sedang trending sekaligus menduduki tempat pertama dalam ranking tersebut. Lee Ji-ah juga disenaraikan sebagai pelakon paling banyak disebut atau trending sepanjang minggu lepas.

Korang rasa apakah nasib Shim Su-ryeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...