Ikuti Kami:

Teaser ‘The Penthouse 2’ Penuh Debaran, SBS Dedah Tarikh Tayangan Mula 19 Februari Ini

Teaser ‘The Penthouse 2’ Penuh Debaran, SBS Dedah Tarikh Tayangan Mula 19 Februari Ini

Nampaknya “The Penthouse” sememangnya akan membuatkan penonton bakal duduk tidak senang untuk musim keduanya nanti.

Disebabkan oleh kepopularitiannya, kesemua pelakon ini telah duduk bersama-sama bagi membincangkan mengenai lakonan dan plot drama tersebut dalam sebuah episod istimewa kelmarin. Bukan itu sahaja, mereka turut mendedahkan sedutan pendek untuk musim kedua nanti.

Walaupun sekejap, namun penonton rata-ratanya sudah dapat rasakan pelbagai plot twist yang bakal dihadapi mereka dalam musim terbaru itu nanti.

Malah para pelakon ada berkongsi sedikit hint untuk musim kedua “The Penthouse” nanti. Kata Eugene,

Kesemua hubungan antara watak akan berubah terus.

Kim So-yeon mendedahkan,

Ia adalah sebuah cerita yang tidak dapat dijangka.

the penthouse 2

Kongsi Lee Ji-ah,

Ianya di luar jangkaan anda.

Manakala Uhm Ki-joon menyatakan,

Anda mungkin akan berasa sedikit menyampah. Tolong nantikannya.

Perhatian buat anda! Tarikh tayangan akan bermula pada 19 Februari nanti tahu di SBS, bukannya 5 Februari seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. Tak sabar kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...