Akhirnya, mahkamah menjatuhkan hukuman buat Choi Jong-beom atas pertuduhan menyerang dan mengugut mendiang Gu Ha-ra.
BACA: Mahkamah Putuskan Harta Peninggalan Goo Hara Dibahagikan 6:4 Bagi Ayah & Ibunya
Menurut perbicaraan, lelaki itu disahkan sebagai punca mendiang membuat keputusan ekstrem dek ‘ugutan video intim’ mereka.
Meskipun disabit hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Tinggi pada oktober 2020 namun lelaki tersebut tidak bersalah atas kesalahan merakam video tanpa kebenaran.
Pun begitu, keluarga Gu Ha-ra menfailkan saman untuk alimoni sebanyak 100 juta won dengan tuduhan,
Gu mengalami masalah mental disebabkan paksaan dan ugutan Choi sehingga menyebabkan keputusan untuk membunuh diri.
Kata mahkamah pula,
Choi mengugut Gu dengan menyalahgunakan asbab seksual di mana dia mengugut idola itu tidak boleh meneruskan aktiviti hiburan jika klip itu tersebar. Ianya telah menyebabkan kesakitan mental.
Akhir kalam, mahkamah mengatakan bahawa tindakan haram Choi Jun-beom menyebabkan masalah emosi yang teruk buat plaintif sekaligus dia perlu menanggungnya.
Akhirnya..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.