Ikuti Kami:

Mahkamah Putuskan Harta Peninggalan Goo Hara Dibahagikan 6:4 Bagi Ayah & Ibunya

Mahkamah Putuskan Harta Peninggalan Goo Hara Dibahagikan 6:4 Bagi Ayah & Ibunya

Selepas kekecohan akibat pembahagian harta mendiang Goo Ha-ra di antara ahli keluarganya yang lain, mahkamah kini telah memberikan keputusan mereka.

Kalau anda nak tahu, Goo Ho-in iaitu abang Goo Ha-ra yang meminta perbicaraan ini dijalankan memandangkan dia merasakan bahawa ibu kandung mereka tidak layak menerima harta adiknya selepas meninggalkan mereka sejak kecil lagi.

Selepas melihat kepada undang-undang dan faktor lain, mahkamah memutuskan untuk membahagikan harta tersebut kepada nisbah 6:4 di mana ayah Goo Ha-ra dan abangnya menerima 60% manakala ibunya pula mendapat bahagian sebanyak 40%. Dan bukannya seperti undang-undang biasa iaitu 50-50.

anak saudara goo hara

Khabarnya pihak mahkamah mengambil kira faktor lain seperti ayah mendiang yang membesarkannya seorang diri selama 12 tahun selain ibu Goo Ha-ra yang langsung tidak melawat anaknya itu untuk satu jangka masa dan tiada bukti sahih mengatakan bahawa ayahnya menghalang dia daripada berjumpa.

Pun begitu, abang Goo Ha-ra kini sedang bekerjasama dengan pendakwa untuk melepaskan ‘Akta Goo Ha-ra’ di mana ia akan membantu memberikan pembahagian harta yang adil pada masa hadapan sekiranya ibu ataupun bapa si mati tidak layak menerimanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...