Ikuti Kami:

Jadi Penculik Cemerkap, Yoon Kyesang Sah Sertai ‘Day Of Kidnapping’

Jadi Penculik Cemerkap, Yoon Kyesang Sah Sertai ‘Day Of Kidnapping’

Selepas “Sixth Sense Kiss”, akhirnya penonton dapat menonton kembali lakonan Yoon Kye-sang dalam sebuah drama terbaru tak lama lagi.

Baru-baru ini, lelaki itu disahkan bakal menerajui “Day Of Kidnapping” iaitu sebuah drama komedi gelap mengenai kolaborasi istimewa antara penculik cemerkap dan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang bijak.

Ianya merupakan sebuah naskhah yang memaparkan harmoni unik antara kemanusiaan dan misteri dan diadaptasi oleh novel Jung Hae-yeon iaitu seorang penulis hebat bagi genre thriller di Korea.

yoon kyesang

Yoon Kye-sang akan membawa watak Kim Myung-jun, seorang penculik amatur. Dia menculik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun untuk membayar bil perubatan anaknya. Dia kemudian terpalit dengan sebuah insiden tak dijangka dan tiba-tiba dikejar sebagai seorang suspek pembunuhan. Meskipun lemah semangat dan lembut hati, Kim Myung-jun mula membongkar kebenaran bersama Ro-hee, seorang kanak-kanak genius.

Kata Yoon Kye-sang mengenai drama ini,

Saya gembira dapat menyapa anda dengan naskhah baru. Subjek ini sangat menarik lantas sila nantikan keserasian di antara penculik cemerkap Myung-jun dan kanak-kanak bijak Ro-hee.

“Day Of Kidnapping” dijadualkan bersiaran pada 2023.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...