Ikuti Kami:

Baru Berkahwin, Yoon Kyesang Ulas Reaksi Isteri Bila Tonton Babak Ciuman Dalam ‘Kiss Sixth Sense’

Baru Berkahwin, Yoon Kyesang Ulas Reaksi Isteri Bila Tonton Babak Ciuman Dalam ‘Kiss Sixth Sense’

Yoon Kye-sang mengakui bahawa dia sedang seronok menjalani kehidupan berumah tangga kini.

Dalam sebuah temubual untuk promosi drama “Kiss Sixth Sense”, lelaki itu berkongsi mengenai hubungannya bersama Seo Ji-hye,

Saya agak serasi dengan wanita cantik.

Jelasnya,

Saya teringat wajah Seo Ji-hye semasa muda. Kini, dia mempunyai wajah yang lebih ‘dewi’ dan berbeza daripada ‘cantik’ yang saya lihat dahulu.

disney+ kiss sixth sense

Apabila ditanya sama ada dia tertekan mempunyai babak ciuman dengan Seo Ji-hye pada saban episod meskipun masih lagi dalam fasa pengantin baru,

Pertama sekali, kami ialah pengantin baru dan saya tak terkesan dengan pandangannya. Dia merupakan seorang yang sangat cool. Dia sangat suka kerana Seo Ji-hye sangat cantik dan dia menyokongnya.

Tambahnya lagi sambil ketawa,

Isteri saya sepertinya jarang menonton drama. Sudah sedikit masa berlalu dan saya sangat bahagia sekarang. Saya tak mahu menabur garam atasnya.

disney+ kiss sixth sense

Untuk pengetahuan, “Kiss Sixth Sense” membawa kisah Hong Ye-seul (Seo Ji-hye) yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Pada suatu hari, dia tanpa sengaja telah tercium bosnya, Cha Min-hoo (Yoon Kye-sang) dan dia ternampak mereka berada di atas katil bersama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...