Nampaknya, Song Joong-ki akan menemui penonton dalam pelbagai projek filem!
Terbaru pada 25 Oktober, agensi Song Joong-ki telah mengumumkan bahawa pelakon itu berkemungkinan akan membintangi filem “Ro Giwan”,
Song Joong-ki sedang secara positif mempertimbangkan penampilannya dalam ‘Ro Giwan’.
Untuk pengetahuan, berdasarkan novel Cho Hae-jin “I Met Ro Giwan”, filem ini akan mengikuti seorang lelaki muda bernama Ro Gi-wan, yang menyeludup ke Belgium selepas melarikan diri dari Korea Utara, dan seorang penulis skrip yang mengikuti jejaknya.
Tambahan, Song Joong-ki juga dilaporkan akan membuat transformasi mengejutkan, dengan memainkan watak sebagai pembelot Korea Utara.
Sibuk betul Song Joong-ki!