Persoalan terjawab, Han So-hee akan muncul dalam muzik video Jung-kook BTS!

Terbaru pada 13 Julai, HYBE telah memuat naik teaser untuk muzik video lagu solo Jung-kook “Seven”, bakal dilancarkan pada 14 Julai nanti.
Menarik perhatian, pelakon Han So-hee turut dilihat muncul dalam MV tersebut sebagai penampilan istimewa, dan dijangka akan memainkan watak sebagai teman wanita Jung-kook.
Selain itu, pelakon wanita tersebut juga telah berkongsi video teaser itu di Instagram miliknya, menambah keterujaan orang ramai untuk melihat keserasian dua selebriti popular ini.
Antara komen yang ditulis,
Adakah mereka akan menjadi pasangan yang sedang bergaduh? Saya teruja nak tonton!
Saya rasa Jung-kook akan patahkan hati Han So-hee dan lagu ini akan mengingatkan dia kembali kepada bekas teman wanitanya itu.
Mereka berdua kelihatan sangat hebat. Saya makin tak sabar!
Sementara itu, “Seven” juga telah menjadi muzik video teaser K-Pop terpantas capai 1 juta tontonan di YouTube.
Nantikan keluaran “Seven” pada 14 Julai ini jam 12 tengahari!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉