Ikuti Kami:

Jadi Model Sebelum Berlakon, Lakonan Shin Seungho Dalam ‘Alchemy Of Souls’ Jadi Bualan

Jadi Model Sebelum Berlakon, Lakonan Shin Seungho Dalam ‘Alchemy Of Souls’ Jadi Bualan

Penonton setia drama “Alchemy of Souls” pastinya perasan dengan watak Go Won yang dibawa oleh Shin Seung-ho.

Bagi yang belum tahu, Shin Seung-ho dilahirkan pada tahun 1995, mencecah usia 27 tahun pada 2022. Dia mula debut sebagai pelakon pada tahun 2018 dan semakin mendapat perhatian selepas membintangi drama web popular “A-Teen”.

Untuk pengetahuan, sebelum berjinak dalam dunia lakonan, Shin Seung-ho pada awalnya menceburi bidang permodelan terlebih dahulu, dengan susuk tubuh tingginya dan penampilannya seperti supermodel. Kacak sangat!

Kemudian, selepas membuktikan bakat lakonannya dalam pelbagai naskhah seperti “Moments at 18”, “D.P”, “Double Patty” dan banyak lagi, Shin Seung-ho telah menerima pencalonan untuk Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Drama KBS dan Pelakon Baharu Terbaik di Baeksang.

shin seungho

Kini, Shin Seung-ho memainkan watak putera mahkota Daeho dalam “Alchemy of Souls” sebagai Go Won dan berjaya menambat hati penonton. Khususnya, penonton terpikat dengan sisi segar dan menyenangkan pelakon itu dalam drama tersebut.

Selepas ini, penonton nampaknya semakin tertunggu-tunggu dengan projek lakonan Shin Seung-ho yang seterusnya, memandangkan dia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi seorang pelakon yang terkenal.

Korang nak Shin Seung-ho cuba bawa watak apa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...