Ikuti Kami:

Jadi Kawan Baik Seol Inah, Seunghee OH MY GIRL Sertai Melodrama ‘Oasis’

Jadi Kawan Baik Seol Inah, Seunghee OH MY GIRL Sertai Melodrama ‘Oasis’

Nampaknya, Seung-hee dari kumpulan OH MY GIRL ingin mencabar dirinya untuk berlakon la!

Baca: Reunion Dari ‘School 2017’, Jang Dongyoon & Seol Inah Sah Terajui Melodrama ‘Oasis’

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan OH MY GIRL iaitu Seung-hee disahkan untuk berlakon dalam sebuah drama bertajuk “Oasis” dan memegang watak sebagai Ham Yang-ja yang merupakan kawan baik kepada Oh Jung-shin dilakonkan oleh Seol In-ah.

Untuk pengetahuan, “Oasis” ialah sebuah drama berlatar belakangkan Korea Selatan dari tahun 1980 hingga 1990, mengikuti tiga pemuda yang berjuang bermati-matian untuk melindungi impian dan persahabatan mereka serta satu-satunya cinta pertama mereka.

Seunghee

Dalam drama tersebut, Ham Yang-ja melarikan diri dari negaranya untuk mencapai impiannya menjadi seorang penyanyi. Wataknya adalah seorang yang cantik, jujur dan selalu membawa keceriaan ke mana sahaja dia pergi.

Tambahan pula, pihak produksi menyatakan bahawa,

Korang akan melihat banyak sisi yang berbeza dari Seung-hee dalam drama baru ini.

Mereka berkata lagi,

Anda akan dapat saksikan keserasian antara Seol In-ah dan Seung-hee bersama. Apa yang penting adalah semangat yang dibawa oleh Seung-hee.

seunghee

Jangan lupa nantikan drama “Oasis” ini pada bulan Mac okay!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...