Ikuti Kami:

Jadi CEO & Pekerja Pejabat, Ahn Hyoseop & Kim Sejeong Ulas Watak Dalam ‘A Business Proposal’

Jadi CEO & Pekerja Pejabat, Ahn Hyoseop & Kim Sejeong Ulas Watak Dalam ‘A Business Proposal’

Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual persama majalah Marie Claire!

Kedua-dua pelakon itu akan muncul dalam drama SBS yang akan datang “A Business Proposal”. Berdasarkan novel web popular yang telah diadaptasi menjadi webtoon, “A Business Proposal” ialah drama komedi romantis tentang seorang pekerja pejabat yang pergi ke ‘blind date’ dengan CEO syarikatnya, menggantikan rakannya sambil menyembunyikan identiti sebenar.

Ahn Hyo-seop akan berperanan sebagai pewaris perniagaan Kang Tae-mu, yang mempunyai segala-galanya daripada rupa dan otak kepada kekayaan, dan celik perniagaan. Sementara itu, Kim Se-jeong akan berperanan sebagai penyelidik makanan biasa Shin Ha-ri, yang mewakili kawan baiknya, iaitu Jin Young-seo (Seol In-ah).

sbs a business proposal

Selepas penggambaran, kedua-dua pelakon itu mengulas tentang drama tersebut dan watak mereka. Ahn Hyo-seop memulakan dengan berkata,

Kang Tae-mu ialah watak yang membawa kesakitan yang tiada siapa tahu. Dia kelihatan teliti dan kuat, tetapi di dalam, dia adalah seorang budak lelaki yang menggeletar ketakutan.

Dia menambah bahawa Shin Ha-ri adalah orang yang melihat budak lelaki yang ketakutan dalam dirinya. Mengenai wataknya, Kim Se-jeong mengatakan bahawa dia mengembangkan Shin Ha-ri menjadi seorang yang positif dan mempunyai kemahiran menangani sesuatu dengan baik.

Penampilan Shin Ha-ri berbeza dalam setiap situasi, jadi saya perlu fikir di mana saya harus meletakkan fokus saya.

Pada akhir temu bual, kedua-dua pelakon bersetuju bahawa “A Business Proposal” telah menjadi satu cabaran buat mereka. Kim Se-jeong berkata,

Saya tidak fikir ada pilihan yang bukan satu cabaran. Saya rasa ‘A Business Proposal’ adalah pilihan yang baik.

Ahn Hyo-seop menambah,

Saya percaya bahawa saya akan membuat pilihan yang tepat pada setiap saat. Saya berharap melalui projek ini, saya boleh menjadi ‘saya yang lebih baik’ dalam apa jua bentuk.

ahn hyoseop kim sejeong

Nantikan tayangan episod pertama “A Business Proposal”, bakal menemui penonton pada 28 Februari ini di SBS dan Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...