Utama Drama Korea Berikutan Kes COVID, ‘A Business Proposal’ Akan Tangguh Tayangan Episod Pertama

Berikutan Kes COVID, ‘A Business Proposal’ Akan Tangguh Tayangan Episod Pertama

sbs a business proposal

Drama yang dinanti-nantikan iaitu “A Business Proposal”, telah menangguhkan tayangan perdananya selama seminggu.

“A Business Proposal” lakonan oleh Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong, pada asalnya telah dijadualkan untuk tayangan bermula pada 21 Februari. Namun, pada 9 Februari, pasukan produksi bagi drama itu telah mengumumkan penangguhan tarikh tayangan perdana.

Untuk menukar jadual penggambaran akibat COVID serta memastikan persekitaran produksi yang selamat, kami terpaksa memutuskan untuk menangguhkan tayangan perdana selama seminggu.

Tambahnya,

Jadi, rancangan itu akan menyiarkan episod pertamanya pada 28 Februari, dan bukannya 21 Februari seperti yang diumumkan dahulu. Kami meminta pemahaman penonton yang telah menunggu untuk menonton ‘A Business Proposal’.

sbs a business proposal

Sementara itu, “A Business Proposal” mengisahkan tentang CEO dan pekerjanya yang bertemu secara buta di bawah identiti palsu mereka. Selain Ahn Hyo-seop dan Kim Se-jeong, drama ini turut dibintangi Seol In-ah, Kim Min-kyu dan ramai lagi.

Nantikan 28 Februari ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...