Ikuti Kami:

Jadi Bualan Ramai, Yoona SNSD Rilis Video Latihan Persembahan Bersama Junho 2PM

Jadi Bualan Ramai, Yoona SNSD Rilis Video Latihan Persembahan Bersama Junho 2PM

Yoon-A SNSD telah memuat naik video latihan untuk persembahan ‘2021 MBC Music Festival’ bersama Jun-ho 2PM!

Pada 31 Disember 2021, telah berlangsungnya ‘2021 MBC Music Festival’ yang dihoskan oleh Lee Jun-ho 2PM, Yoon-A SNSD, dan Jang Sung-kyu. Sebagai kerjasama istimewa, Jun-ho dan Yoon-A telah membuat persembahan bersama dengan lagu “Señorita”. Persembahan itu telah mendapat banyak perhatian, dan kini telah mengumpul lebih 4.2 juta tontonan di YouTube.

Pada 13 Januari, Yoon-A telah memuat naik video latihan untuk persembahan tersebut di saluran YouTube peribadinya. Sebelum latihan bermula, Yoon-A berkata,

Ini kali pertama saya menari sejak saya melakukan tarian kumpulan lelaki, pada 2 tahun lepas. Kami telah pun berlatih bersama-sama sekali sebelum ini dan hari ini adalah praktis terakhir kami. Kedua-dua 2PM dan GIRLS’ GENERATION mempunyai pengalaman, jadi saya fikir latihan ini akan berakhir dengan cepat.

Semasa latihan diteruskan, Jun-ho memperkenalkan dirinya kepada kamera dan berkata,

GIRLS’ GENERATION dan 2PM crossover. Dahulu, kami sering berjumpa. Semasa kami masih muda. Ini adalah pertemuan semula kami setelah 10 tahun.

Tonton video latihan persembahan Yoon-A dan Jun-ho di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...